Disney's Nine Old Men

Disney's Nine Old Men (Sembilan Orang Tua Disney) ialah gelaran yang diberikan kepada sekumpulan juruanimasi di Walt Disney Productions yang menghasilkan antara karya-karya teragung dari Disney, mulai Snow White and the Seven Dwarfs hingga The Rescuers. Ada di antara mereka yang turut menjadi pengarah filem. Walt Disney menggelar kelompok tersebut "Nine Old Men" sempena buku The Nine Old Men oleh Robert S. Allen dan Drew Pearson tentang sembilan orang hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang kebanyakannya mencecah usia 70 tahun pada tahun 1937, walhal sembilan juruanimasi itu hanya berusia sekitar 30-an dan 40-an.Kesemua ahli kumpulan ini sudah pun meninggal dunia (yang terakhir ialah Ollie Johnston yang meninggal pada tahun 2008), dan diberi pengiktirafan sebagai Disney Legends.